Perbincangan yang diadakan tak mencapai kata sepakat, Izreen Azminda jelaskan sebab ni dia teruskan kes saman terhadap Intan Saleh

Pelakon Izreen Azminda memberi penjelasan tentang keputusannya yang memilih untuk meneruskan kes saman fitnah terhadap bekas madunya iaitu Intan Saleh semasa sesi mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin. Memetik laporan Melodi, perbincangan yang diadakan tidak mencapai kata sepakat dan Izreen terpaksa meneruskan bagi menyelesaikan masalah tersebut. “Kita nak selesaikan secara adil dan saksama supaya tidak ada percanggahan cerita, tokok tambah cerita atau campur tangan dari pihak dua dan ketiga. That’s why kita ambil jalan ini kerana jalan ini adalah yang sebaik-sebaiknya.

Kalau saya tidak mahu selesaikan perkara ini diluar, saya tak akan ada disini (mahkamah). Selepas perbincangan dibuat, maknanya kita masih belum nampak jalan itu. Jadi, kita teruskan dengan apa yang ada sebab tak nampak (jalan penyelesaian), kalau nampak dah selesai dah hari ini. Kalau tidak saya tidak akan hadir hari ni untuk selesaikan dengan dia.”

Sementara itu, peguam yang mewakili Izreen, Muhammad Hafiz Hood menyatakan terdapat perincian lanjut yang diperlukan daripada pihak defendan. “Sebelum ni memang pernah buat perjumpaan antara saya dan peguam defendan bagaimanapun kita teruskan dengan kes.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version