USAHAWAN kosmetik Joy Revfa mendedahkan pernikahannya dengan Dr Adrian Yeah pada awalnya mendapat tentangan daripada segelintir keluarga dan sahabat. Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 37, berkata, tentangan itu disebabkan mereka bimbang jika dia sekali lagi tersalah memilih suami memandangkan ini adalah perkahwinan ketiganya. Usahawan itu bagaimanapun memberitahu dia yakin Adrian atau Muhammad Adrian Yeah, 32, adalah lelaki tepat untuknya. “Joy tahu mereka risau dan sayangkan Joy takut bernikah dengan lelaki yang salah lagi.
“Insya-Allah Joy yakin dia (Adrian) sememangnya lelaki yang ditakdirkan untuk Joy. Joy minta semua untuk restui hubungan kami ini,” katanya. Joy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad. Susulan itu juga, Joy memohon maaf kepada keluarga dan sahabatnya yang tidak merestui hubungannya dengan Adrian. Dalam pada itu, Joy menjelaskan sikap suaminya sebelum ini yang dikatakan seorang playboy dan bersikap panas baran menjadi punca lelaki mualaf berbangsa Cina itu tidak disukai.
Bagaimanapun katanya, Adrian selepas memeluk agama Islam, doktor perubatan itu sudah banyak berubah ke arah lebih baik. “Kepada sesiapa yang pernah mengenali dia (Adrian), ya betul selama ini dia memang ada rekod tidak baik iaitu permainkan hati perempuan dan panas baran. Tapi selepas memeluk agama Islam dan menjadi suami, dia benar-benar sudah berubah. Betapa mahalnya hidayah Allah hanya untuk orang terpilih seperti dia,” ujarnya. Joy juga memohon agar wanita yang pernah mempunyai sejarah silam dengan Adrian memaafkan kelakuan suaminya itu.
Tambah Joy lagi, dia percaya Adrian boleh berubah dan menjadi imam terbaik untuk dirinya. “Kepada wanita-wanita yang pernah mengenali suami saya, mohon maafkanlah dia. Doakanlah perangai dia boleh berubah jadi baik sampai bila-bila. “Joy yakin dia mampu menjadi imam terbaik untuk Joy hingga ke akhir hayat insya-Allah,” jelasnya. Sementara itu, Joy memberitahu biarpun suaminya hanya orang biasa dan tidak berharta, dia memilih Adrian kerana sikap dan peribadinya yang baik selain tidak kedekut.
“Ya saya akui suami baru ini tidak ada harta yang banyak dan orang biasa sahaja. Dia masuk rumah Joy pun semua perabot dan kelengkapan sudah tersedia. Bisnes pun Joy ajak dia sama-sama usahakan sampai berjaya. Joy suka sebab hati dia baik dan seorang doktor yang sangat ikhlas membantu orang sakit dan dia juga lelaki yang tidak kedekut atau berkira,” katanya. Sebelum ini, Joy memaklumkan sudah selamat melangsungkan pernikahan dengan Adrian sebelum Ramadan lalu.
Joy bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya dan hanya memuat naik foto sijil pernikahan dengan Adrian. Usahawan itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk berpisah tiga bulan selepas itu. Sebelum itu, Joy pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Arryan Firdaus, 10 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.