Tiada niat nak buka aib keluarga, kakak Safee Sali jelaskan perkara sebenar

Kakak Safee Sali tampil mengulas berhubung luahan bekas adik iparnya iaitu Fitria Elfina yang telah muncul dalam podcast Mingguan Wanita sehingga mengundang pelbagai rekasi warganet. Dalam pada itu, ramai mendakwa itu adalah kifarah harus diterima Fitria atau disapa Sasha kerana punca kepada perpisahan Safee dengan bekas isteri pertama, Sabrina Yusof. Susulan itu, kakak kepada Safee iaitu Normalayati Mohd Sali tampil menerusi satu temu bual bersama Mingguan Wanita bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

“Bukan saya nak buka aib keluarga tapi saya kena betulkan apa yang salah dan ingin saya tegaskan bahawa Sasha bukan penyondol atau penyebab kepada keruntuhan rumah tangga Safee yang lalu. Kenyataan sebenarnya, insan yang orang luar kata penyondol itulah yang selalu mengingatkan Safee untuk tengok anak-anak dia di Sarawak, malah sepanjang Safee jumpa anak-anak, Sasha ada ikut sama dan bersembang dengan Sabrina,” katanya.

Dia sama sekali tidak mengiyakan kenyataan lelaki yang juga bekas pemain bola sepak itu yang memberitahu bahawa Sasha adalah sosok ibu yang tidak bertanggungjawab. “Siapa yang tak bertanggungjawab sebenarnya? Selama ini siapa yang jaga anak kau? Siapa yang hantar dan ambil anak dekat sekolah? Kenapa dia keluar rumah? Saya kata itu atas kerosakkan kau sendiri, kau yang halau dia,” ujarnya. Normalayati akui dirinya tahu mengenai segalanya termasuk kebenaran yang Allah tunjukkan sebelum adiknya berkahwin di Thailand secara diam-diam selain bagaimana cara ‘hubungan ketiga’ itu terjalin dengan cara yang salah.

“Saya tak akan kata adik saya betul sebab memang tindakannnya salah kerana tidak bertindak sebagai lelaki dan suami yang betul dalam rumahtangga, keluar dari rumah tanpa beritahu isteri ke mana dan tidak menghiraukan keluarganya. Itu semua salah dan tak mustahil hati isteri akan terasa, termasuk bila isteri dapat tahu suaminya ke Thailand dan berkahwin lain secara sembunyi-sembunyi. Pisahkan emak dengan anak-anak, itu juga tak betul. Begitu juga Sasha diminta keluar dari rumah sewa sedangkan dirinya masih dalam edah, jadi itu tanggungjawab Safee untuk sediakan. Tapi itulah yang terjadi,” tambahnya lagi.

Dia turut mendedahkan bahawa Yam anak sulung Sasha, Shanika Salsabila ada menulis mengatakan merindui ibunya namun tidak dapat berjumpa. Sementara itu, Normalayati berharap agar orang ramai tidak lagi menyalahkan Sasha selain menegaskan bahawa dia tidak menyebelahi sesiapa namun hanya mahu menegakkan kebenaran. Terdahulu, pergolakan rumah tangga Safee dan Sasha yang dibina sejak 11 tahun lalu akhirnya terlerai selepas sah berpisah talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Safee mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita lain pada 26 Januari lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version