Sedih bila lagu raya dinyanyikan oleh artis sendu, Dato Aliff Syukri minta duit RM15k dipulangkan

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri minta RM15,000 dipulangkan susulan lagu raya yang sepatutnya dinyanyikan telah diberi kepada orang lain. Menerusi video yang dikongsi usahawan terbabit, dia menyatakan yang lagu raya yang sepatutnya keluar pada tahun ini sudah  diberikan kepada artis sendu oleh komposer yang telah dibayarnya. Walaupun reda dengan apa yang berlaku, namun dia meminta agar RM15,000 yang sudah diberikan dipulangkan semula memandangkan lagu terbabit tidak dapat kepadanya. Klik sini untuk lihat video.

Dia yang menangis dan meluahkan rasa ralat percaya bahawa dirinya mempunyai bakat serta aura sebagai seorang penyanyi sehingga artis sendu yang dimaksudkan tidak mampu menyaingi suaranya. Seperti semalam, dia sekali lagi memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat mengeluarkan lagu raya seperti saban tahun kerana masalah tersebut serta kesuntukan masa. Jadi dia berharap agar para peminat dapat memaafkannya memandangkan dirinya telah diperlakukan sebegitu oleh komposer terbabit.

Terdahulu, Aliff Syukri telah memuat naik perkongsian di media sosial dengan memohon maaf kerana tahun ini tidak dapat mengeluarkan lagu raya kerana komposer yang dibayarnya telah menyerahkan lagu itu kepada orang lain. Dia yang kecewa dengan industri muzik Tanah Air mengatakan akan keluar negara kerana bakatnya lebih dihargai disana. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version