Allah takkan uji kalau kita tak mampu, Misya Mazlan kongsikan ini yang dia buat ketika sedih

Masih belum reda kemelut rumah tangga antara Misya Mazlan dan suaminya Aslam yang didakwa telah berkahwin dengan anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Misya berkongsi tentang surah yang menjadi kegemarannya dan dibaca ketika sedang menghadapi kesulitan hidup. “Setiap kesukaran mesti akan ada kesenangan, saya suka ingat benda itu..Allah ada, aku tak perlukan manusia. Jadi bila kita sedih, buka Al-Quran baca dan teliti ayat-ayat.” Klik sini untuk lihat video.

Misya kemudian mengalunkan ayat daripada surah Al-Insyirah. Menurut ibu kepada dua orang anak ini surah tersebut memberi makna yang mendalam terhadapnya.”Yang Misya suka adalah surah Al-Insyirah. Ayat nombor enam, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ketabahan yang dimiliki oleh Misya dan mendoakannya agar tetap bersabar dalam menjalani ujian rumah tangga.

“Mulianya hatimu, merdunya suara mu Misya. Nada lembut dan bunyi tertib. Ya betul Allah tak akan uji kita seberat apa pun kalau kita tak mampu.” “Sesungguhnya syurga itu mahal, ujian tanda Allah sayang. Betul kata Misya, sentiasa ingat Allah.” “Awak kuat, semoga awak lebih kuat lagi selepas ini. Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang rakaman video promosi sebuah jenama pakaian tempatan memaparkan gandingan Marissa dan Aslam yang menggayakan baju raya sedondon berwarna hitam.

Dalam perkembangan yang lain, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan memaklumkan bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa dan suaminya akan terlibat bersama. Sebelum ini anak kepada pasangan selebriti tersebut didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Thailand. Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan Misya. Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kritikan daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version