SPEKULASI Noor Nabila kembali mendirikan rumah tangga kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet selepas usahawan itu memuat naik foto dalam persalinan pakaian ala pengantin di laman sosial miliknya. Menjelaskan kekeliruan itu, Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 40, memberitahu busana itu digayakan untuk penggambaran program Next To Neelofa musim terbaharu. “Tiada sebarang majlis. Semua itu salah faham sahaja.
“Gambar itu untuk tujuan penggambaran sahaja. Saya pun tidak boleh cerita lanjut tentang program itu dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi. Nabila sebelum itu berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen tanda hati. Ramai yang salah anggap kerana dalam persalinan tersebut dia turut memakai veil bagaikan seorang pengantin. Malah tidak kurang ramai yang mula mengucapkan tahniah buat kakak kepada pengacara dan usahawan Neelofa ini.
Bagi Nabila dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak yang mudah membuat spekulasi kerana menerusi gambar tersebut juga boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya. “Itu semua salah faham sahaja. Saya pun tidak boleh nak salahkan orang bercakap sebab kapsyen gambar kurang jelas. Namun ada juga juga yang mengucapkan tahniah dan saya anggap itu doa daripada mereka,” jelasnya.” Dalam masa sama katanya dia pasti akan memberitahu kepada orang ramai sekiranya ada berita baik mengenai perkahwinan.
“Kalau ada majlis tunang atau nikah, saya akan umumkan dengan cara yang betul. Bukan dengan kapsyen tergantung sebegitu,” jelasnya. Untuk rekod Nabila sebelum ini pernah bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada April 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia 6 tahun. Nabila kembali mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021 dan mereka sah bercerai September tahun lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.