Ramai yang minta artis bermasalah di gam, sekali ini respon Fahmi Fadzil

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedia maklum mengenai kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini. Mengulas mengenai perkara itu, Fahmi bagaimanapun berpendapat tindakan menyenarai hitam artis-artis berkenaan seakan sudah tidak relevan saat ini. Tidak hanya itu, dia juga berpendapat tindakan tersebut pastinya akan menjejaskan periuk nasi pelakon yang terlibat. Justeru itu, dia menyarankan untuk mengambil langkah yang murni bagi menangani masalah tersebut.

“Harapan saya, kita tidak perlulah sampai ke tahap ‘gam’ seperti kita pernah lihat dulu. Itu bagi saya tahun 80-an atau 90-an sesuai. Tapi, zaman sekarang kita buka telefon bimbit pun dah ‘broadcast’. Memang dari segi disiplin itu akan ada kesan terutama kepada periuk nasi artis sekiranya mereka melampaui batas. Jadi, saya lihat kita kena cari jalan yang lebih murni dan sesuai dengan zaman sekarang tapi perlu mengambil kira beberapa insiden yang telah berlaku,” katanya.

Fahmi berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Iftar Ramadan semepena Hari Seniman 2024 yang berlangsung di Hulu Kelang, Selangor pada Jumaat. Dalam pada itu, pihaknya masih belum meneliti perkara tersebut namun masih mempertimbangkan perkara tersebut. Namun dia juga berpendapat rakan-rakan artis juga boleh menasihati sesama mereka agar mengelakkan kontroversi seperti itu. Katanya tindakan segelintir artis itu pastinya akan merosakkan nama industri walaupun bukan kesemuanya melakukan kesalahan.

“Saya nampak mungkin kita boleh telilti beberapa aspek. Tapi, saya harap artis juga boleh meneliti apa yang boleh dinasihatkan kepada rakan artis lain. Kita tidak boleh menafikan artis adalah pempengaruh walaupun melakukan sesuatu atau tidak. Saya lihat majoriti atau hampir kesemua artis tidak ada masalah, tapi mungkin dek nila setitik rosak susu sebelanga,” jelasnya. Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah. Pada Isnin lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan pada Rabu lalu ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama. Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version