Pelakon Zahirah MacWilson bersuara mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan suami, Aiman Hakim Ridza apabila aktres panas, Fathia Latiff memetik nama mereka. Ketika ditemui, Zahirah, 29, memilih untuk enggan mengulas lanjut. Kata Zahirah, sekiranya dia ingin bersuara, sudah lama dia bertindak mengeluarkan kenyataan. “Saya rasa awak sudah nampak selama ini macam mana. Kalau saya nak komen, memang sudah lama saya akan komen.” Sementara itu, Aiman memilih untuk berdiam diri apabila ditanya media mengenai kontroversi Fathia.
Zahirah dan Aiman ditemui ketika majlis pelancaran koleksi raya Clarks With Zahirah di The Exchange Mall (TRX), Kuala Lumpur pada Rabu. Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi demi kontroversi, bermula dengan melabel pelakon Zahirah MacWilson sebagai wanita berwajah bibik, sehinggalah mendakwa suami Zairah, iaitu dramatis Aiman Hakim Ridza yang juga bekas kekasih masih mempunyai perasaan terhadap dirinya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.