Tengah hangat pasal kisah rumahtangga Safee Sali, tiba tiba Rita Rudaini bersuara

Isu perpisahan antara bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan bekas isterinya Fitria Elfina Maharip yang didakwa berpunca kerana orang ketiga menjadi perhatian ramai. Kisah perkahwinan mereka turut mendapat reaksi daripada pelakon, Rita Rudaini yang meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa Fitria juga pernah mengganggu rumah tangga Safee dan bekas isteri pertamanya dahulu.

“Sorry to say, what goes around comes around. Awak jangan buat-buat lupa bekas isteri dia. Kami semua tahu apa yang terjadi di zaman kami dulu, awak dah sondol dan sekarang awak disondol balik. Kifarah untuk awak, buat pada bekas isterinya dahulu. Masa awak pula sekarang rasa macam mana bekas isteri itu rasa dulu dengan anak-anaknya yang masih kecil. Dalam pada itu, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar mendakwa tindakan wanita itu adalah tidak wajar selain berharap dia dapat mengambil iktibar atas apa yang terjadi.

“Awak tak peduli pun perasaan bekas isteri dan anak-anak dia dulu, tengah seronok kan? Tapi Allah bagi juga awak rasa kebahagiaan yang awak rampas itu. Balasan Allah itu pasti, tunggu insya-Allah. Jadi awak belajarlah kuat seperti bekas isteri dia dulu okay.” Terdahulu, Safee dan isterinya, Fitria sah berpisah talak dua di Mahkamah Syariah Kuala Selangor pada Selasa. Dalam perkembangan lain, Safee mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita lain pada 26  Januari lalu. Untuk info, Safee dan Fitra mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Sebelum itu, bekas penyerang JDT tersebut pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada tahun 2007 namun berpisah pada 2 April 2012. Mereka juga mempunyai dua orang cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version