Sampai sekarang masih belum bagi sebarang kenyataan, Ruhainies tegaskan kes baru ni bukan tangkap basah

Pelakon Ruhainies menegaskan bahawa kontroversi membababitkan dirinya dan penyanyi, Aliff Aziz bukanlah disebabkan isu ‘tangkap basah’ seperti didakwa ramai. Menerusi satu hantaran di IG Story, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meluahkan rasa kesal terhadap satu portal hiburan tempatan yang menggunakan tajuk, ‘Masih Tiada Penjelasan Lanjut, Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah’. “Ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam ‘content’ supaya tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Ia sama sekali ‘bukan tangkap basah’. Sehingga kini, saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan dalam media bukanlah kenyataan daripada saya dan tidak tepat.” Dalam pada itu, adik kepada pelakon Risteena itu juga berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan yang boleh mengeruhkan keadaan. Ruhainies juga meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menaburkan fitnah sebaliknya menunggu kenyataan rasmi daripadanya.

“Saya mohon media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi. Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version