Harap kes dapat diselesaikan dengan baik, ini respon Safee Sali bila ada yang cakap bekas isteri dapat kifarah

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali menyatakan dirinya sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip berhubung konflik rumah tangga mereka. Ketika ditemui, Safee berkata dia juga berharap agar bekas isteri tidak terlalu berkongsi sebarang masalah atau luahan perasaan di media sosial. “Saya hanya boleh kawal diri saya sahaja, pihak luar saya tidak boleh kawal. Saya berharap kes dapat diselesaikan dengan cara baik. Saya juga sentiasa terbuka untuk sebarang perbincangan.

Media sosial bukan tempat penyelesaian, ada meja perundangan di hadapan hakim dan saksi yang lebih baik. Kes sulh boleh diadakan pada bila-bila masa, saya ada sahaja di Lembah Klang dan tidak lari ke mana-mana. Saya sentiasa terbuka untuk perbincangan. Di Malaysia ada proses undang-undang dan prosedur yang perlu dituruti.” Safee berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridein Hotel, Petaling Jaya, pada Rabu.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tomahan yang dilemparkan segelintir pihak mengatakan apa yang terjadi adalah balasan atau kifarah kepada bekas isteri, Safee menjawab setiap manusia pernah melakukan kesilapan. “Setiap orang ada masa lampau dia sendiri, tidak perlu terlalu toleh ke belakang. Apa yang terjadi biarkan terjadi, move on sahaja. Pendirian saya, semalam adalah sejarah. Hari ini lakukan yang terbaik dan esok belum tentu ada lagi hari untuk kita.”

Sekadar info, Safee mendirikan rumah tangga dengan warga Indonesia, Fitria Elfina pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Pasangan itu sah berpisah talak dua pada 26 Mac lalu. Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012. Menerusi perkahwinan pertama, Safee juga dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version