Susulan isu kontroversi membabitkan kes khalwat suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz bersama rakan baiknya, Ruhainies tular, Bella Astillah bagaimanapun sehingga kini masih mengunci mulut mengenai hal tersebut. Menerusi perkongsian di TikTok, tular semula video pendek memperlihatkan temu bual antara Bella Astillah atau lebih mesra dipanggil Bella bersama Amelia Henderson menerusi siri podcast popular miliknya, Studio Sembang. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi video berdurasi lebih satu minit yang dikongsikan semula oleh peminat di platform berkenaan, Bella mengakui ramai orang menganggapnya kuat dan sabar menghadapi dugaan membabitkan rumah tangganya sebelum ini namun, dia juga berasa takut kerana tidak tahu tahap kesabarannya itu boleh bertahan sampai bila. “Ramai orang cakap Bella kuat, sabar apa semua…Tapi sebenarnya saya takut sangat, saya takut dia (sabar) ada limit nanti. Sebab saya tak tahu bila.
Orang cakap hebatlah Bella ni, She’s a very strong women, dia sangat sabar Tapi saya tak tahu kesabaran saya tu sampai bila. Saya harap sangat saya tetap bersabar,” ulasnya. Dalam pada itu, Bella berkongsi, dia juga pernah berasa ‘down’ terutamanya apabila memikirkan kedua-dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. “Sometimes kita ada masa yang kita tengah down. I ask myself am i a good mother? Kalau saya busy selalu macam mana dengan anak-anak saya? Tapi sebab saya nak cari rezeki, tapi saya kena korbankan masa pula… banyaklah yang bermain dekat fikiran saya sebenarnya.
“Sebenarnya saya selalu fikir benda ni… saya tak boleh nak please everyone. Saya tak ada pilihan, saya selalu bagi semangat dekat diri sendiri, orang semua ada hak bersuara jadi saya tak boleh nak marah. Ada yang suka begitu juga sebaliknya. Saya selalu cuba untuk jadi positif. Actually itu goal saya tapi hanya saya sahaja yang tahu. Jadi, as long as saya rasa benda tu dapat melindungi keluarga saya… saya akan fight for it,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat buat pelantun lagu Tetap Disini itu seklaigus berharap Bella kuat dan move on dari isu ‘curang’ suaminya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.