Penyanyi Shila Amzah sebelum ini tidak pernah mendedahkan tentang penyakit kegelisahan melampau atau anxiety yang dihadapinya. Memetik laporan Berita Harian, Shila bagaimanapun memaklumkan di Instagram dia sudah empat hari tidak dapat tidur nyenyak gara-gara penyakit anxiety itu kembali menyerang sejak hamil. Menurutnya, masalah anxiety yang dialami akibat kesan trauma masa lalu bukan berada di tahap ringan sebaliknya perlu bergantung kepada ubat-ubatan.
“Saya sudah tahap berjumpa dengan pakar psikiatrik, cuma memilih untuk tidak mendedahkannya. Saya juga pernah bergantung kepada ubat, tetapi berhenti mengambilnya selepas semakin pulih. Namun, sejak mengandung mungkin kerana faktor perubahan hormon, masalah kegelisahan kembali menyerang. Fasa paling genting ketika berada dalam program Famili Duo. Mungkin kerana hormon tak stabil dan berdebar nak bertanding setiap minggu.”
Selain itu, pelantun lagu Patah Seribu ini memilih untuk tidak mendedahkan penyakit yang dialami adalah kerana bimbang dengan tanggapan masyarakat. Pada awalnya, Shila menyangka anxiety yang dialami hanya masalah biasa, namun keadaan menjadi semakin teruk. “Mulanya saya tak boleh tidur, kemudian ‘mood’ jadi tak menentu. Masalah kecil pun saya rasa macam besar. Saya tak nak keluar rumah dan kalau boleh tak nak jumpa orang langsung. Tapi, saya terpaksa juga keluar sebab perlu bekerja.
Saya bersyukur memiliki suami yang memahami. Kalau dulu saya terpaksa hadapi semua ini sendirian, kini suami jadi ‘mngsa’ terpaksa menghadap dan melayan masalah saya.” Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga kali kedua dengan pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai pada Ogos tahun lalu. Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun berpisah pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.