BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi momen sebak anak lelakinya iaitu Umar meluahkan rasa rindu terhadap bapa. Mahukan belaian seorang ayah, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata Umar pernah meminta izin untuk menumpang kasih bapa saudaranya sendiri. “Humairah sudah tidak kisah (perihal Hafidz). Umar pula sebab dia kecil lagi dan tidak rasa (kasih sayang seorang bapa). Jadi dia teringinlah.
“Dia pergi dekat sepupu dan cakap nak pinjam bapa (ayah saudaranya). Saya rasa kasihan dekat anak-anak. Kalau hal anak ini saya memang sensitif,” katanya. Shuhada memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor selepas prosiding kes tuntutan hadanah yang difailkan Hafidz pada Selasa. Cerita Shuhada lagi, Umar juga pernah memintanya untuk membeli patung permainan untuk dijadikan sebagai bapanya.
“Umar asyik cakap dekat saya yang ibu belilah abah robot dekat Shoppee. Sampai macam itu,” ujarnya. Dalam pada itu, Shuhada memberitahu sejak bercerai pada Julai tahun lalu, Isnin merupakan kali pertama bekas suaminya menghubungi anak-anak. “Selepas 10 bulan, hari ini ada kes, baru malam semalam (Isnin) dia hubungi berkenaan anak-anak. Mereka buat panggilan video,” katanya. Dalam masa sama, bercerita mengenai prosiding mahkamah, Shuhada meluahkan rasa terkilan apabila bekas suaminya itu tidak hadir memberikan kerjasama.
Justeru itu, Shuhada berharap Hafidz dapat hadir sebutan kes pada 28 Mei depan bagi menyelesaikan tuntutan hak penjagaan anak yang difailkan aktor itu tahun lalu. “Saya cuma nak hak untuk anak-anak. Kalau boleh nak mereka gembira dan hidup mudah. Kes ini sudah berlarutan sangat panjang, hampir setahun lebih turun naik mahkamah. Kalau boleh, saya harapkan kerjasama daripada pihaknya untuk hadir. Saya dari jauh (Perlis) boleh datang ke sini, dia yang tinggal berhampiran pula tidak hadir. Kenapa?
“Berilah kerjasama sebab dia yang failkan tuntutan ini. Janganlah usaha ini sekerat jalan sahaja,” katanya. Sementara itu, Shuhada turut meluahkan rasa syukur apabila mahkamah meluluskan permohonannya untuk meletakkan nama ibunya sebagai penjaga bagi dua anaknya. Pada 31 Oktober tahun lalu, Shuhada memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah untuk meletakkan ibunya sebagai pihak tambahan dalam tuntutan hak penjagaan anak.
Untuk rekod, Hafidz atau dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum disahkan berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.