Pelakon, Zarina Zainuddin mengakui kagum melihat kecantikan dan keperibadian puteri tersayang selebriti Abby Abadi, Marissa Dania. Namun begitu, Zarina terkejut apabila anak yang dididik dengan ajaran agama sanggup menjadi isteri kedua, sedangkan boleh berkahwin dengan jejaka yang lebih berakhlak mulia. “Mestilah terkejut anak Abby tu saya sendiri kagum dengan kecantikan dia dengan keperibadiaan dia terdidik dengan ajaran agama tak ada cacat celanya. Dia boleh kawin dengan orang bagus-bagus yang berakhlak bagus dan punya masa depan yang cerah tup tup jadi macam ni hati mak ayah mana yang tak hancur…,” tulisnya.
Sementara itu, Zarina sempat menitipkan pesanan kepada Marissa untuk memikirkan perasaan keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan. “Sepatutnya wahai anak fikirkan dulu perjuangkan keluargamu dulu bahagiakan mak ayahmu beli apa dia nak rasa dulu duit titip peluh dia membesarkan kamu.. Semoga Abby dan Norman tabah kuat semangat dan semuga Marisa yang manis dapat berfikir di sebalik lamunan yg panjang .. Sayang nak cinta-cinta ni tak bawa ke mana… Mak kau susah cari duit nak.. Sedih Cik Ina (panggilan Zarina) kau buat macam ni. Cik ina dah lalui jadi no 2 ni orang hina,” katanya lagi.
Zarina berkata demikian menerusi ruangan komen portal hiburan, baru-baru ini. Sebelum ini, Abby menjawab dakwaan berkenaan anaknya, Marissa yang telah menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam. Menurut Abby, dia berpendapat bahawa Aslam tidak mampu untuk berpoligami. Dalam pada itu, Abby turut meluahkan isi hatinya mengatakan Marissa sudah berubah meskipun dijaga serba serbi cukup dengan bimbingan agama. Terdahulu, Marissa yang juga merupakan anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa telah menjadi isteri kedua kepada Aslam dalam satu majlis pernikahan berlaku di Songkhla, Thailand.
Berita perkahwinan tersebut disahkan oleh kakak Misya, Nadiah Mazlan yang mengatakan Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan adiknya, serta tidak diketahui oleh Norman dan Abby. Bagaimanapun, Misya seakan reda apabila rumah tangganya diuji sebegini rupa dan meneruskan kehidupannya seperti sedia kala tanpa lekang senyuman di bibir. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.