Tak nak letakkan sentimen kasta dalam industri, Adi Putra berharap kontroversi melibatkan Aliff Aziz tak lagakan kedua buah negara

Pelakon hebat, Datuk Adi Putra harap kontroversi Aliff Aziz tidak ‘ditunggang’ mana-mana pihak sehingga melaga-lagakan penggiat seni dari kedua-dua buah negara. Perkara tersebut dinyatakan Adi Putra susulan melihat isu kecrngn Aliff Aziz hebat diperkatakan di media sosial sehingga membawa-bawa nama Malaysia serta Singapura. Memetik laporan Adi berharap agar perkara tersebut dapat dielakkan supaya tidak mencetuskan sentimen ‘kasta’ kepada selebriti Singapura yang mencari rezeki di Malaysia.

“Kita tak mahu meletakkan sentimen kasta dalam industri perfileman. Sebagai pelakon, saya semestinya tak mahu mencalarkan imej industri hiburan. Isu dua negara ini boeh mencetuskan kasta tidak diinginkan. Diharapkan sentimen ini tidak wujud untuk imej negara,” katanya. Susulan daripada itu, pemilik nama sebenar, Mohamed Hadi Putera Halim itu meminta agar setiap penggiat seni mencontohi seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee apabila berjaya menyatukan dua buah negara dengan karya-karya seni tanpa sebarang perbalahan.

“Kalau imbas semula sejarah atau riwayat bagaimana kehidupan P. Ramlee, beliau bermula di Singapura dan kembali ke Merdeka Studio, sama juga dengan dua negara ini. Namun, apabila berpijak di bumi nyata, kita sebenarnya bekerja. Jadi, semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk menepis kontroversi iaitu dengan prinsip saling hormat menghormati,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pemengang watak Syed Mirza dalam drama Lelaki Itu mengatakan yang dia tiada masalah andai perlu bergandingan dengan pelakon-pelakon yang terpalit kontroversi Aliff Aziz kerana sudah lali dengan tempias hal berkenaan. “Tempias itu perkara biasa dan pasti wujud di mana-mana sekalipun. Bagaimana nak atasi tempias itu adalah dengan cara masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan,” jelasnya.

Terdahulu, kontroversi melibatkan selebriti Singapura dan Malaysia menjadi semakin rumit apabila muncul seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan tangkapan layar perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies. Selain dua nama tersebut, beberapa nama artis lain turut terheret sama seperti Caprice, Tom, Fuad Rahman, Meerqeen, Anna Jobling, Emma dan Chacha Maembong.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version