Tahun depan genap 40 tahun dalam karier nyanyian, Awie akui sekarang nak lebihkan masa dengan anak anak

SUDAH hampir empat dekad berkecimpung dalam dunia hiburan, penyanyi Datuk Awie memberi tempoh sembilan tahun lagi sebelum dia mahu berehat. Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, sebagai penyanyi dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dikejar sebaliknya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Bagaimanapun, Awie memaklumkan dia tidak akan bersara sebaliknya sekadar mahu mengimbangi jadual kerja dan masa bersama keluarga.

“Bukan bersara tapi sudah terlalu lama saya berada dalam industri hiburan, daripada umur saya muda saya tak merasa kehidupan remaja dan dewasa. Saya hanya duduk di atas pentas untuk menghiburkan orang. Tahun depan genap 40 tahun karier nyanyian saya. Ia satu jangka masa yang lama. Apa lagi yang saya nak cari? Dah tak ada nak dikejarkan lagi. Saya fikir untuk teruskan kehidupan dengan meniaga dan melihat anak membesar,” katanya. Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama rumah produksi Merah yang diadakan di Putrajaya, Selangor pada Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Penjara Janji ini memberitahu rutin harian sebagai seorang anak seni terlalu sibuk sehingga dia tidak mempunyai masa bersama keluarga. “Kalau ada konsert besar, saya bangun pagi dan pergi gim, lepas habis gim makan dan terus pergi studio. Siang saya berlatih menyanyi, berehat waktu Maghrib dan malam saya teruskan berlatih lagi. Masa bila saya nak luangkan masa bersama anak dan isteri saya? Dua bulan latihan, dua bulan juga saya berada di studio… Bertahun-tahun saya buat perkara sama. Saya rasa sudah cukuplah,” ujarnya.

Sementara itu, Awie memaklumkan biarpun anak-anaknya memahami kesibukan tugas sebagai seorang artis, sebagai bapa dia dia sedih kerana tidak berkesempatan melihat perkembangan anak-anak. Setiap hari minggu saya keluar pergi menyanyi. Anak-anak saya yang masih kecil buat konsert di tadika pun saya tiada. Saya pun ada konsert. Setiap hari minggu saya keluar pergi menyanyi. Sedih sebenarnya hidup seperti ini. Walaupun anak-anak memahami, tetapi sebagai bapa saya juga terasa.

Saya tidak dapat buat seperti bapa-bapa yang lain lakukan aktiviti bersama anak-anak mereka,” katanya. Untuk rekod, Awie mendirikan rumah tangga dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020 dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Menerusi perkahwinan kedua, Awie bernikah dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 19, Putra Ahmad Rezzki, 16, dan Puteri Qasseh Antasha, 14, sebelum berpisah pada 1 November 2014.

Selain itu, Awie juga memiliki dua anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 24, dan Putri Aleeda Antasha, 22 tahun. Dalam perkembangan lain, Awie bakal menganjurkan konsert solo ‘Journey’ yang akan berlangsung di dua lokasi iaitu Star Theatre, Singapura pada 27 Julai depan sebelum di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Ogos. Konsert tersebut merupakan satu bingkisan peribadi perjalanan selama 30 tahun penyanyi berkenaan sebagai anak seni.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version