Dapat kekasih bergelar Dato, Ellie Suriaty tumpang gembira dengan kebahagian yang Azri Iskandar cari

Pelakon Ellie Suriaty jumpa kekasih baru Azri Iskandar yang dipercayai bergelar Dato’ dan berkongsi gambar pertemuan mereka di media sosial. Menerusi hantaran yang dibuat Ellie di Insta Story, mereka dilihat makan bersama anak-anak dan bekas suaminya itu membawa teman wanita dikenali sebagai Dato’ Noora Kay. Dalam hantaran tersebut, Ellie turut mendoakan agar urusan bekas suaminya dan teman wanita dipermudah dan tumpang gembira dengan kebahagian yang dicari Azri Iskandar.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian berdua Amin Ya Rabbal’Alamin. Awak memang seorang yang baik luar dan dalam Dato’ Noora Kay. Saya tumpang bahagia untuk awak, Azri Iskandar,” tulisnya. Dalam pada itu, Dato’ Noora Kay turut memuat naik gambar sewaktu mereka bertemu dan makan bersama. Kelihatan juga penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh yang turut ada menyertai mereka.

“Out family bonding for yesterday. Kerana Allah Ta’ala. Sesungguhnya kami hanya bergantung hanya padaMU Yarob. Permudahkan segalanya. Thanks to Kak ell and My BFF Dato Ayu. I love both of u to Jannah Allah SWT,” ujar Dato’ Kay di Instagram. Sekadar info, Azri Iskandar, 56 dan Ellie Suriaty, 54 telah sah berpisah talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15. Azri juga mempunyai tiga orang cahaya mata dari perkahwinan terdahulu iaitu  Muhammad Afiq Iskandar, 32, Farah Qistana, 30, dan Nur Anis Mastura, 28. Sekitar tahun lalu, Azri ada memaklumkan yang dia telah menjalinkan cinta dengan seorang wanita dikenali sebagai Dr Azra.

Namun, hubungan percintaan yang penuh misteri itu nampaknya tidak sampai ke jinjang pelamin walaupun dia pernah memberitahu bakal menamatkan zaman duda. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version