Bermula 11 mei depan, Kwsp akan buat penambahan akaun 3 untuk penuhi keperluan kewangan jangka pendek

PENSTRUKTURAN semula akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyaksikan penambahan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel untuk ahli berusia bawah 55 tahun, bermula 11 Mei depan. Terdahulu KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan pengenalan Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan seterusnya yang terbaharu Akaun Fleksibel (Akaun 3). Berikut merupakan perincian fungsi ketiga-tiga akaun tersebut:

1) Akaun Persaraan: Mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan. 2) Akaun Sejahtera: Menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan. 3) Akaun Fleksibel: Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut: 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus ke dalam Akaun Sejahtera dan 10 peratus ke dalam Akaun Fleksibel. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata fokus utama inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP itu adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan persaraan. Antaranya keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak,” katanya dalam satu kenyataan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version