Kes dengan Bella Astillah dah selesai, Caprice terkejut terima 900 aduan dari warganet dalam tempoh beberapa jam

Umum sedia maklum penyanyi rap sensasi, Caprice turut terlibat dalam kontroversi rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah selepas tangkap layar perbualan WhatsApp yang ditularkan oleh Sarah Yasmine, baru-baru ini. Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli tarik diri dan tidak mahu mengendali kes melibatkan Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah dan juga Sarah Yasmine kerana merasakan perancangan asal sudah berubah.

Difahamkan juga, perselisihan faham yang berlaku antara Bella Astillah dan Caprice berhubung beberapa tuduhan sudah diselesaikan dengan cara yang baik. Dalam pada itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di IG storynya, dia meluahkan rasa terkejut apabila menerima lebih 900 aduan dalam tempoh beberapa jam daripada warganet.

“Minta maaf semua tak pernah dapat lebih 900 aduan dalam berapa jam je ni… kita bukan NGO tau MOM our team is very small,” ujarnya. Pun begitu, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana pihaknya akan membantu individu yang benar-benar perlukan pertolongan. “I apologize kalau tak dapat layan semua. Kalau betul-betul perlu our help jangan risau, DM kita hari-hari so your message appear kat atas. Takut tenggelam di bawah bila DM baru masuk. Thank you,” katanya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version