Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida baru-baru ini menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya iaitu Kacak dan Cik B. Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Cik B memuat naik video ‘room tour’ hotel tempat mereka menginap di Makkah. Cik B menunjuk beberapa ruangan seperti ruang tamu, dapur, tempat mencuci pakaian dan bilik. Paling menarik perhatian adalah bilik Cik B yang mempunyai tingkap yang menghadap Masjidil Haram. Klik sini untuk lihat video.
“Okay guys, hari ini kita review bilik kita di Makkah. Cantik tak hotel Cik B di Makkah? Alhamdulillah, terima kasih mama.” Cik B kemudian bertanya kepada ibunya tentang kos penginapan untuk hotel tersebut sebelum Vida mendedahkannya. “Kita dah bayar untuk 10 hari RM220,000.” Menjengah ke ruangan komen, video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata mengagumi kemewahan yang dimiliki keluarga Vida.
“Aku kalau ada duit lebih macam ni, aku pun akan buat benda yang sama. Healing beribadah di Tanah Suci.” “Sebab ni la nak kerja rajin-rajin untuk jadi kaya, nak beribadah dengan selesa. Tahap keselesaan kita mungkin tak sama tapi kita usaha insya-Allah. Semoga Allah murahkan rezeki kita, amin.” “Rezeki mereka kaya-raya, dapat pergi Makkah tanpa fikir tentang bajet.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.