Dah 42 tahun berstatus janda, akhirnya nenek berusia kepada 44 cucu kahwin semula lepas seminggu berkenalan

Menurut laporan New Straits Times, Rohani Mohd Kassim, yang mempunyai lapan orang anak, 44 cucu dan 15 cicit, kembali menemui cinta selepas bertemu suaminya, Yusof Embi berusia 77 tahun yang ‘dikenenkan’ oleh rakan-rakan. Selepas mendapat persetujuan anak-anaknya serta ahli keluarga lain, Rohani berkongsi dia menerima lamaran nikah pada hari pertama Ramadan tahun ini. Klik sini untuk lihat video.

“Saya sudah 42 tahun berstatus janda dan anak-anak sudah mempunyai kehidupan sendiri. Kini Allah membuka hati saya untuk menerima pasangan hidup semula dan saya sangat ingin mencari seseorang yang boleh menjadi imam dan peneman,” katanya. Difahamkan, suaminya itu melamarnya selepas seminggu mengenali hati budi masing-masing, dia juga bersyukur pernikahan itu mendapat restu semua ahli keluarga dan berharap hubungan ini berpanjangan sehingga ke Jannah.

Dalam laporan yang sama, difahamkan majlis pernikahan pasangan itu yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam, Cheras dan ia disambut meriah oleh keluarga serta sahabat handai. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version