Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menyorot perhatian warganet apabila dia meluahkan rasa simpati terhadap aktres dan penyanyi, Bella Astillah susulan isu rumah tangga wanita tersebut bersama suami, Aliff Aziz. Menurut Vida, dia berasa simpati melihat dugaan yang menimpa Bella. Susulan daripada itu, dia berdoa di tanah suci Makkah agar wanita itu dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup selepas ini. Klik sini untuk lihat video.
“Assalamualaikum Bella sayang, beradanya saya di tanah suci Kota Makkah ini, saya mendoakan kebahagiaan kesejahteraan awak sayang. Semoga setiap perbuatan khianat dan fitnah terhadap awak dibalas dengan sejuta ganjaran kebaikan daripada Allah. Semoga segala urusan awak dipermudahkan sayang. InsyaAllah segala yang berlaku ada hikmah baik yang akan mendatang.” Tambah Vida, dia sangat terkejut dan sakit hati apabila mengetahui Aliff crng banyak kali termasuk dengan adik ipar sendiri.
“Ya Allah Bella, di sini saya doa untuk awak kuat. Buat keputusan yang terbaik. Saya tak nak lagi awak menderita. Awak sangat cantik, ada kerjaya, awak hebat, awak boleh jadi lebih hebat lagi. Kadang-kadang hidup ini, orang lelaki kalau nampak kita sayang dia, dia pijak-pijak kita. Seolah kita menagih kasih dekat dia. Akhirnya apa yang dia buat? Saya nak awak bangkit berjuang untuk teruskan hidup.
Kadang-kadang lebih berjaya tanpa suami setelah awak derita. Saya bukan nak bagi contoh diri saya. Saya doa dekat awak supaya kaya, bahagia dan mendapat suami yang baik serta selayaknya untuk awak. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.