Seorang tiktoker dari Indonesia dedah harga beg tangan mencecah jutaan rupiah, sampai gelarkan Ds Vida dengan gelaran ini

Rasanya ramai orang dah tahu usahawan terkenal Malaysia iaitu Dato’ Seri Vida (DSV) yang gemar menggayakan barangan mewah berharga ratusan ribu ringgit. Bagaimanapun, salah seorang TikToker Indonesia baru-baru ini telah membuat satu hantaran memaparkan harga setiap beg tangan termasuklah baju yang pernah dipakai oleh Dato’ Seri Vida. Dalam hantaran tersebut, TikToker berkenaan memuat naik beberapa gambar Dato’ Seri Vida yang sedang memakai beg tangan mewah daripada jenama terkenal antarabangsa seperti Christian Dior, Prada, Miu Miu, Louis Vuitton dan sebagainya. Klik sini untuk lihat video.

Disebabkan beberapa beg yang ditunjukkan dalam gambar itu berharga jutaan rupiah, TikToker tersebut turut menggelarkan Dato’ Seri Vida sebagai ‘Crazy Rich Malaysia’. Harga beg tangan milik Dato’ Seri Vida adalah bermula daripada 26 juta Rupiah (RM7,200) sehinggalah 125 juta Rupiah (RM36,997). Bagi beg tangan berharga RM7,200, ia merupakan keluaran jenama Prada yang berasal dari Milan, Itali manakala beg termahal dalam hantaran itu adalah daripada jenama Chanel yang berasal dari Paris, Perancis.

Selain itu, TikToker itu turut meletakkan gambar baju sejuk yang dipakai oleh usahawan itu berjenama Christian Dior yang berharga 79 juta Rupiah (RM23,462). Ramai warganet Malaysia turut membanjiri ruangan komen dalam hantaran tersebut. Rata-rata daripada mereka bersetuju bahawa usahawan yang popular dengan tagline ‘Qu Puteh’ tersebut memang seorang yang berharta.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version