Selebriti dan juga usahawan terkenal, Hanis Zalikha terima ucapan tahniah selepas gambar suaminya, Hairul Azreen memegang perutnya sewaktu bercuti menjadi perhatian ramai. Gambar tersebut difahamkan diambil sewaktu bercuti di Kepulauan Maldives dengan kapsyen memberitahu sedang menikmati makan malam dalam suasana gelap. Walau bagaimanapun, penampilan Hanis Zalikha yang sedikit berbeza nampaknya mengundang pelbagai spekulasi dengan merasakan yang usahawan terbabit sedang hamil anak ketiga.
Hal itu dilihat menerusi kondisi perut selebriti terbabit yang seakan mempunyai baby bump dan letak tangan Hairul yang tertumpu ke perut. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut kerana merasakan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Walaupun masing-masing tidak pasti dengan hal berkenaan, namun mereka tumpang bahagia jika ada berita gembira daripada mereka. Setakat ini, pasangan selebriti terbabit belum lagi mengiya atau menidakkan khabar angin tersebut.
Sekadar info, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 8 dan Alisa Aisyah, 5. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.