Seorang lelaki ralat beli nasi lemak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki terbabit di laman X, dia meluahkan rasa terkejut dan menganggap dua bungkus nasi lemak yang berharga RM63.10 dengan berlaukkan ayam goreng adalah tak masuk akal sama sekali.
“Ini KLIA, adakah anda tidak memantau harga? Nasi Lemak dengan harga RM63.10. Adakah semua harga makanan di lapangan terbang mahal atau mungkin hidangan mewah? Tapi ini tak masuk akal. Cuma ayam goreng, ikan bilis, nasi dan sesudu sambal yang diletakkan dalam kotak,” ujarnya. “Mungkin ia ok dengan harga premium tetapi sekurang-kurangnya biarlah makanan itu kelihatan premium. Adakah ini benar-benar berbaloi dengan harganya? Soalnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui harga makanan di KLIA sangat mahal dan memberi cadangan supaya orang ramai membeli makanan di luar yang lebih murah serta berbaloi. Bagaimanapun, warganet juga bersetuju dengan pandangan lelaki tersebut supaya pihak KLIA meningkatkan lagi kualiti makanan mereka agar ia setanding dengan harga yang ditawarkan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.