SEBAGAI seorang sahabat pelakon asal Singapura Nick Mikhail Razak menasihati aktor Aliff Aziz supaya tampil berdepan kontroversi membabitkan namanya yang hangat diperkatakan ketika ini. Nick yang sudah menganggap Aliff sebagai adik memberitahu pelakon itu perlu berani berdepan dengan semua masalah dihadapi seperti seorang lelaki sebenar dan bukannya bersembunyi. “Jadilah seorang lelaki, munculkan diri. Saya harap awak tampil dan selesaikan. Jangan tunggu sampai umur 40 tahun baru nak sedar. Be a man!
“Kalau salah mengaku salah. Kita lelaki sebagai nakhoda, takkan biarkan kapal karam?,” katanya. Nick berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Suami kepada personaliti media sosial King Coco itu juga dipercayai sudah menghubungi Aliff namun panggilan dibuat tidak dijawab pelakon asalah Singapura itu. Nick juga memberithu dia tidak mengetahui keberadaan Aliff ketika ini.
Dalam masa sama, Nick berpendapat agar lebih baik Aliff melepaskan isterinya iaitu pelakon Bella Astillah sekiranya perkahwinan mereka tidak lagi boleh diselamatkan. “Kalau dengan Bella tidak boleh selesai, cerailah. Jadi ibu bapa yang baik. Cari duit untuk beri makan kepada anak-anak. Jangan sampai orang cakap kau tak pandai cari duit. Kalau sayang Sarah, cerai Bella kahwinlah dengan dia. Kalau buruk isteri sekalipun janganlah curang. Sekiranya tidak bahagia, tak perlu terus kekal dalam perkahwinan,” jelasnya.
Tambah Nick dia antara individu yang banyak membantu Aliff selama ini serta menjadi tulang belakang menyokong kerjaya seni aktor berkenaan. Nick juga meluahkan rasa sedih apabila ibu serta keluarga Aliff menjadi tempias kritikan tatkala isu hubungan terlarang pelakon tersebut hangat diperkatakan. “Bukti yang Sarah keluarkan dah terlalu banyak. Kau tak boleh lari. Kesian Umi (ibu Aliff) dan keluarga kena tempias.
Tutuplah mata, bayangkan muka Umi, bayangkan muka anak-anak,” nasihatnya. Sejak minggu lalu kemelut melibatkan Aliff terus hangat apabila muncul wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan segala kecurangan termasuk hubungan mereka berdua. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.