PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz tidak bersetuju melepaskan isterinya Bella Astillah pada sebutan kes perpisahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis. Aliff, 33, selaku defendan kes tersebut memaklumkan keputusannya itu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat. Pelakon asal Singapura itu memberitahu mahkamah dia memerlukan masa sebelum membuat keputusan dan masih sayangkan Bella. “Ini bukan satu keputusan yang boleh saya fikir dalam satu hari. Saya perlukan masa.
“Saya tidak berseuju. Saya masih sayangkan Bella,” katanya. Susulan itu, Wan Mohd Najib mengarahkan pasangan berkenaan melalui proses Sulh dan melantik wakil bagi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP). Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, melantik kakak angkatnya sebagai wakil manakala Aliff menamakan ibunya iaitu Siti Hafiza Basharahil. Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Jun sebagai sebutan semula kes. Bella diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais manakala Aliff diwakili Hadi Salleh.
Untuk rekod, Bella memfailkan permohonan pisah secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu selepas pelakon dan penyanyi itu dicekup berkhlwt dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024. Pada petang Rabu, Bella mendedahkan Aliff pernah meluahkan hasrat bercerai pada pertengahan Februari lalu kerana sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Bella berkata, dia terkejut dengan permintaan tersebut kerana rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.