Pelakon Shima Anuar menerima kritikan yang cukup hebat daripada warganet gara-gara memuat naik foto bercium mulut dengan suaminya iaitu Solih Toha di Instagram. Menerusi foto yang dimuat naik, Shima mencium mulut suaminya di sebalik dinding yang tertera tulisan ‘kiss here’ (cium di sini) dipercayai ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33. Susulan daripada itu, warganet berpendapat walaupun pasangan itu adalah suami isteri yang sah namun bagi menghormati bulan Ramadan, Shima tidak sepatutnya memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.
Terbaru, Shima berkata, dia tidak menghalang mana-mana individu untuk ‘unfollow’ akaunnya sekiranya mereka berasa tidak selesa dengan konten yang dimuat naik. “Sangat kelakar, macam mana boleh hntm antara satu sama lain disebabkan orang lain. Sabar. Gigih sangat tu. Korang boleh remove atau unfollow saya. Ini media sosial saya, bukan anda. Saya muat naik apa yang saya nak. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.