IKATAN perkahwinan sembilan tahun di antara usahawan Datuk Adnan Abu dan penyanyi Adira akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah berpisah talak satu pada pagi Rabu. Lafaz itu Adnan, 46, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor. “Bahawa saya Adnan Abu mencraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” lafaznya.
Adnan atau Datuk Red kelihatan sugul dan tertunduk sayu selepas melafazkan talak manakala Adira pula kelihatan tenang. Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Adnan. Adnan hadir ke mahkamah ditemani peguam Muhammad Akmal Azman manakala Adira bersama peguamnya, Norman Saidah Zakaria. Pada 25 Oktober lalu, Adira memfailkan untuk berpisah terhadap Adnan di mahkamah sama atas alasan tiada lagi persefahaman.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan pisah terhadap Adnan pada 1 April 2019 namun menarik bagi memberi peluang kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak. Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.