PENAMPILAN dan pemilihan gaya ringkas penyanyi Aina Abdul sepanjang Ramadan nampaknya diterima baik peminat. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, juga gembira membaca komen peminat walaupun ada di antara mereka berseloroh mengatakan dia ‘cuti’ daripada menggayakan busana luar kotak. “Bulan ini ramai cakap Aina Abdul cuti. Sejujurnya saya gembira membaca reaksi semua tentang penampilan saya, baik yang okay ataupun tidak.
“Baik sebagai Aina Abdul mahupun Nurul Aina, saya masih menjadi diri saya iaitu Aina,” katanya. Aina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada petang Ahad. Dalam pada itu, Aina turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan perhatian kepadanya setiap kali membuat kemunculan secara umum. “Terima kasih kerana sentiasa mengambil perhatian terhadap penampilan saya di setiap kemunculan,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.