Baru baru ni hangat pasal staf tak benarkan renew passport sebab tak fasih bahasa melayu, sekali ini penjelasan dari Jabatan Imigresen Malaysia

Baru-baru ini tular mengenai sebuah hantaran daripada seorang anak yang kecewa dengan layanan yang diberikan oleh staf imigresen di UTC Pulau Pinang. Dalam hantaran itu, dia mendakwa ibunya tidak dibenarkan untuk memperbaharui pasport disebabkan tidak fasih bercakap bahasa Melayu. Jelas lelaki itu, ibunya tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik kerana tidak bersekolah dan mendakwa penjelasan itu tidak diterima staf berkenaan.

Susulan isu itu, Jabatan Imigresen menerusi satu kenyataan mengatakan pelanggan berkenaan sudah dapat memperbaharui pasport dan telah mengambilnya di pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 April. Dalam kenyataan itu juga, pegawai-pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana faktor tersebut. “Kami ingin menegaskan bahawa pegawai-pegawai Imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan,” katanya.

Namun, para pegawai tetap akan melaksanakan semakan rawak daripada pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. “Semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.” Isu ini juga telah meraih perhatian ramai dan menjadi perdebatan dalam kalangan warganet berhubung tindakan yang dilakukan staf terbabit.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version