USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tidak gentar dengan saman fitnah bekas Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Pelancongan sebanyak RM70 juta yang difailkan terhadapnya. Aliff, 37, berkata, dia tidak berasa gentar dengan tindakan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, 85, malah mempunyai bukti kukuh untuk di bawa ke mahkamah. “Bagi saya siapa makan cili dia akan rasa pedasnya. Untuk makluman segala bukti rakaman perbualan saya telah simpan sebagai bahan bukti.
“Biarlah Hakim buat penilaian di mahkamah dan saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Aliff berkata dia ada cuba menghubungi Kadir namun panggilan dan mesej dihantar tidak diendahkan. Aliff memberitahu dia masih terbuka jika Kadir ingin bertentang empat mata bagi menyelesaikan isu di antara mereka. “Saya sudah cuba hubungi serta hantar WhatsApp beribu kali tapi tidak diendahkan. Saya tiada masalah kalau nak berjumpa dan selesaikan perkara ini,” jelasnya.
Pada 2 Julai 2023, Aliff atau atau Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya. Namun ramai mengaitkan nama Abdul Kadir selepas Aliff turut memuat naik foto seorang lelaki namun diletakkan emoji bagi menutup identiti individu tersebut. Pada Selasa lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Kadir selaku plaintif kes turut meminta ganti rugi yang akan dinilai mahkamah.
Selain itu, plaintif turut memohon perintah agar defendan memberi aku janji bertulis agar tidak menyiarkan sebarang fitnah terhadapnya serta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di media sosial usahawan tersebut selama tujuh hari. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh perbicaraan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.