Sarah Yasmine yakin aktor Aliff Aziz akan berubah kelak memandangkan dia pernah melihat pelakon tersebut mendirikan solat, sebelum ini. Menurut laporan Kosmo! Online, Sarah yang mengaku kekasih Aliff Aziz percaya bahawa ada ‘sesuatu’ yang membuatkan keadaan mental aktor yang berusia 33 tahun itu terganggu.
“Saya tahu dia akan berubah sebab saya nampak dia solat. Dia okey, cuma ada benda yang tidak kena sampai mengakibatkan mentalnya menjadi kurang stabil. Saya juga bukan sejenis orang yang suka jatuh hukum lebih-lebih lagi apabila hanya dia seorang sahaja dipersalahkan dalam isu khlwt, baru-baru ini,” ujarnya. Dalam pada itu, wanita yang berusia 24 tahun tersebut mengakui masih mempunyai perasaan terhadap Aliff yang juga merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
“Apabila bercakap melibatkan perasaan, memang ada lagi. Bukan satu hari cinta terus hilang. Jujur ada lagi, saya pun pernah beritahu Bella mengenai perasaan saya,” ujarnya. Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Sarah Yasmine mendedahkan tangkap layar perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies sehingga undang pelbagai reaksi ramai. Apa yang lebih mengejutkan, Sarah turut memberitahu aktres jelita, Sophia Albarakbah yang disangka ‘bidadari’ masih berhubung dengan Aliff Aziz pada Mac lalu.
Terdahulu, aktor Aliff Aziz enggan untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah atas sebab masih sayang ketika sebutan kes perpisahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.