Suami menyesal seumur hidup, gara gara bentang toto dalam kereta isteri pergi menghadap illahi serta merta

PENUMPANG kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada di tempat duduk belakang tidak sepatutnya berbaring seperti di atas katil, apatah lagi ketika perjalanan jauh untuk pulang ke kampung. Menurut seorang pengguna media sosial, dia membuat pesanan itu kerana tidak mahu kejadian yang menimpa keluarga rakannya berulang lagi pada masa akan datang. “Maaf kalau komen aku mengguris hati mana-mana pihak. Kawan aku macam ni la. Bawa Toyota Wish balik ke kampung. Anak bini duduk baring di belakang.

Gambar sekadar hiasan

“Bapa (kawan aku) drive dengan selesa. Happy. Tengok televisyen kat belakang. Sembang-sembang. Balik pukul 3 pagi. Tengah drive dalam kelajuan 120 atau 130 kilometer per jam (km/j), tayar depan meletup. Member brake emergency,” ujarnya memulakan cerita. Menurut pemuda itu, kejadian yang berlaku sekelip mata menyebabkan isteri rakannya pergi menghadap illahi akibat tercampak keluar daripada kenderaan.

“Bini dia tercampak keluar menghala cermin hadapan. anak tersangkut kat bonet. Bini pergi menghadap illahi on the spot. Anak dia nzk. Dia selamat. Dia alihkan arwah bini dia. Mengharap ada kenderaan lalu lalang. Dia riba anak yang masih nzk. Tapi pukul 3 ke 4 pagi. Highway lengang. Anak dia pergi menghadap illahi atas riba dia. Mungkin ini asbab sahaja,” ujar pemuda itu lagi. Perkongsian kisah menyayat hati itu meraih lebih 1,300 komen netizen di aplikasi TikTok.

Menurut warganet, mereka juga bimbang melihat segelintir individu merebahkan kerusi belakang kereta untuk dibentang dengan tilam atau toto. “Ada yang lipat seat ke belakang. Jadi ruang luas sampai boleh baring. Lipat (kerusi) belakang sampai flat. Letak lapik toto jadi macam katil. “Ini yang paling ngeri. Biasa tengok sesetengah kereta letak seat foam untuk baring. Bahaya sebenarnya. Memang selesa untuk tidur tapi tak sesuai untuk dalam kereta.

“Kerusi dalam kereta untuk duduk dan pakai tali pinggang keledar. Kenapalah orang suka buat bukan-bukan? Satu lagi yang buat buaian dalam kereta. Tu sangat bahaya kalau brake emergency,” kata warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version