Teringin juga dapat merasa duit raya, Cik B frust sebab pakcik dan makcik tak nak bagi duit raya

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian apabila memuat naik video bercerita mengenai duit raya menerusi laman TikToknya. Menerusi video tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin meminta agar orang ramai untuk tidak lagi meminta duit raya daripadanya. Menurut Cik B, dia hanya mendapat duit raya daripada tiga individu sewaktu sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Klik sini untuk lihat video.

“Korang, stoplah minta saya duit raya. Korang tahu tak? Tahun ini saya dapat duit raya daripada tiga orang sahaja. Pak cik dan mak cik saya tak nak dah bagi duit raya sebab diorang kata diorang ‘insecure’ dengan saya.” Tambah Cik B, dia tidak kisah tentang nilai duit raya yang diberikan asalkan dia dapat merasai kenikmatan menerima duit sewaktu hari raya.

“Seringgit ke dua ringgit ke, saya terima ja ‘even’ nak bagi sampul pun saya terima. Tapi kenapa dah tak ada orang nak bagi saya duit raya?Tengok saya ja diorang yang minta duit raya. Saya muda lagi, nak juga merasa jadi budak. Tahun depan baru bukan budak. Korang kalau tengok saya mesti ingat saya nak duit raya RM100 atau RM200 kan? Tak, saya nak rasa feel salam orang dapat sampul duit raya, bukannya salam orang, saya yang bagi duit raya.” Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur mendengar luahan perasaan ‘kecewa’ Cik B itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version