“Lainlah perasaan dia bila beraya tanpa ibu kandung,” luah pempengaruh Ubai Mz yang juga merupakan suami kepada penyanyi, Shila Amzah bila ditanyakan tentang perasaannya bakal menyambut raya tanpa sosok seorang ibu. Umum tahu, ibu Ubai, Allahyarhamah Rohani Jamal telah pergi menghadap illahi akibat sakit sakit ovari, 30 Julai lalu. Menurut Ubai, dia sering meluahkan rasa hatinya seorang diri di kubur arwah ibunya dan bercerita tentang perkembangan terkininya yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
“Saya dah nak bergelar ayah kepada cucu pertama dia. Sebelum Ramadan mula, saya pergi ke kbr dan bermonolog dengan arwah mak. Saya cakap ni cucu mak ni, jadi saya rasa sebak sikitlah,” jelasnya. Perkara itu telah dikongsikan oleh Ubai ketika ditemui di Majlis Tayangan Raya Astro 2024 di Le Meridien Hotel, baru-baru ini. Tambah Ubai, dia hanya mampu mengenang dan merindukan momen ketika membuat persiapan dan menyediakan juadah raya bersama ibunya setiap kali menjelang syawal.
“Antara yang saya rindukan bila bersalaman di pagi raya. Lepastu pada hari terakhir puasa tu kami mesti tolong masak, buat rendang dan sebagainya. Tapi Insya-Allah tahun ni kita akan beraya kat rumah arwah mak, kami akan panggil adik-beradik saya dan Shila akan tolong masak untuk kembalikan vibes raya tu. Tapi masakan mak saya yang saya rindukan adalah rendang ayam tua,” katanya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.