Gempar di media sosial universiti jemput pro Israel untuk memberi syarahan, KPT arah pihak UM segera bagi laporan

GEMPAR di media sosial dakwaan pihak Universiti Malaya (UM) menjemput profesor pro-Israel, Bruce Gilley untuk memberi syarahan dalam satu program. Susulan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Rabu mengarahkan UM untuk membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dihadiri penceramah terbabit. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengarahkan universiti berkenaan menyiasat perkara itu dan melaporkan segera butiran lanjut.

“Pada masa sama, suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput individu atau pihak ke majlis dan program. Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan,” katanya menerusi kenyataan sama.

Tambah Zambry, walaupun institut pengajian tinggi (IPT) diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna mereka bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia.

Untuk rekod, Gilley merupakan Profesor Politik dan Hal Ehwal Global di Universiti Portland, Amerika Syarikat. Gilley menerusi akaun miliknya di laman X turut memberikan pandangan kontroversi yang membidas pendirian Kerajaan dalam kemelut Israel-Palestin. Selain itu, Gilley turut mempunyai bendera Israel sebagai gambar latar belakang akaun media sosialnya yang jelas menunjukkan sokongan profesor itu kepada rjm Zionis.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version