Banyak fasiliti yang disediakan, ramai yang terpesona tengok pusat jagaan warga tua di Seremban

Warganet terpesona lihat pusat jagaan warga tua yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan selepas penularan sebuah video dimuat naik di platform TikTok sehingga ia menjadi topik perbualan ramai. Menerusi video tersebut, ia jelas memaparkan suasana dan fasiliti yang ditawarkan di pusat jagaan warga tua dikenali Millenia Village. Apa yang lebih membuatkan ramai teruja dan terpesona lihat pusat jagaan warga tua tersebut adalah keluasan kawasan serta persekitaran yang aman yang sememangnya menjadi idaman ramai terutama mereka yang mahukan ketenangan hidup. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, pusat jagaan warga tua itu dibina atas sebuah kawasan mini kuari yang telah diubah suai dengan pelbagai kemewahan demi keselesaan penghuni. “Ini pusat beli belah atau kampus universiti? Tidak, ia merupakan pusat jagaan warga tua. Ini adalah tempat di mana mereka hidup dengan tenang dan damai dan ia dilengkapi dengan 344 unit,” katanya.

Maklumnya, para penghuni juga disediakan makanan harian dan ia disajikan dalam suasana seperti di restoran yang menyediakan pelbagai jenis juadah mesra untuk semua kaum, baik Melayu, Cina atau India. Selain itu, mereka juga akan menikmati fasiliti lain seperti gimnasium, pilates, yoga, fisioterapi, pusat urut, ruangan seni. Bagi menikmati segala kelengkapan dan fasiliti yang disediakan, para penghuni boleh memilih jenis bilik yang ditawarkan berdasarkan penawaran harga seperti yang dinyatakan.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi warganet di mana mereka teruja melihat segala kemewahan fasiliti yang ditawarkan seolah-olah sebuah percutian di sebuah resort. Meninjau di ruangan komen, ramai warganet tinggakan soalan sama ada mereka boleh menghuni pusat jagaan tersebut meskipun usia masih muda.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version