Ada segelintir warganet yang kritik isteri Caprice pasal isu melutut, tak boleh berdiam ini respon dari tuan badan

Isteri kepada selebriti media sosial, Caprice iaitu Farra Inalis sedar dirinya dikritik selepas meminta seorang individu yang pernah menghina anak mereka untuk melutut memohon maaf di hadapannya. Menerusi hantaran di Instagram Story, Farra mempersoalkan adakah tindakannya itu salah dengan apa yang sudah dilakukan individu tertbabit yang sanggup menggelar anak mereka, Airiel Qashaf sebagai haiwan.

Katanya, tiada mana-mana ibu yang sanggup melihat anak mereka dimaki selepas bertarung nyawa melahirkan cahaya mata. “Ramai rupanya warganet bercita-cita nak jadi ustaz dengan ustazah. Sebab itu ramai yang berceramah. Yang korang bising sangat fasal isu melutut itu, apalah sangat melutut dengan apa yang pernah dia cakap dekat anak aku.

Aku nak cakap satu benda je dekat korang, cuba letak tempat korang dekat tempat aku sekarang. Aku berjuang sehabis daya sampai nak putus nyawa beranak, bukan senang tau. Tak sampai 40 hari, senang-senang nak dajlkan anak aku. Cakap anak muka hisap batu, muka macam babi. Ibu mana boleh tahan, mana aku nak cari kesabaran aku. Setinggi mana iman kau. Kau boleh sabar macam mana kalau orang cakap anak kau macam itu. Masih dalam pantang lagi tau. Salah ke kalau aku minta melutut?”

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Farra berkata setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing. “Aku manusia, sabar aku ada limit. Cukup baik dah melutut, ikut baran aku takut tertinggal gigi dekat KL. Maaf ya kalau bahasa aku agak kasar. Bagi aku bertenang.” Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Irfan dibawa berjumpa dengan isteri Caprice, Farra Inalis untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata hinaan kepada anak mereka.

Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Farra dilihat sedikit beremosi sebelum meminta individu terbabit melutut di hadapannya. Bagaimanapun, tindakan Farra telah menerima kritikan segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau. Untuk info, Caprice dan Farra mendirikan rumah tangga pada November 2022. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Airiel Qashaf yang dilahirkan pada Mac lalu. Farra juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version