Dah tunjuk kan tanda sebelum pergi menghadap illahi, kakak dedah sejak 2 minggu adik kerap kongsikan tentang pemergian

Konstabel Azza Fahmi Azhar kerap kongsi hantaran tentang pemergian sejak dua minggu lalu dan perkara berkenaan membuatkan ahli keluarga hairan. Memetik laporan dari Bernama, kakak sulung mngs, Nur Azza Assyaqiren Azhar, setiap hari adiknya memuat naik perkongsian tentang kematian di status WhatsApp dan kumpulan keluarga di aplikasi berkenaan sejak dua minggu lalu. Walaupun berasa agak aneh, tapi mereka sama sekali tidak menyangka yang mangsa akan pergi tinggalkan keluarga dalam srngan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat.

“Saya memang rasa aneh tetapi tidak berfikir dia akan pergi dan tidak sangka perkara ini hendak berlaku, apabila dapat tahu mengenai kejadian saya tidak dapat fikir bagaimana keadaan dia semasa itu,” katanya. Ujarnya, arwah memang berminat dalam bidang kepolisian dan menghantar sendiri permohonan serta menghadiri temuduga sehingga berjaya demi membanggakan keluarga.

Mereka sekeluarga sememangnya terkejut dengan berita serangan tersebut dan bapa segera membawa ibu ke Johor selepas mendapat perkhabaran tentang kejadian yang menimpa Fahmi. Dalam pada itu, adik kepada Konstabel Azza Fahmi atau dipanggil Ami, Nur Azza Assyufia Azhar, 16, menyatakan yang abangnya mahu membelikannya telefon bimbit baharu namun perkara tersebut tidak kesampaian.

“Baru-baru ini semasa saya balik ke asrama, arwah abang ada kata nanti hendak bawa pergi beli telefon baharu … saya terkejut ketika sedang belajar di sekolah, tiba-tiba dipanggil ke pejabat dan diberitahu abang sudah pergi menghadap illahi pada kira-kira 9 pagi tadi,” katanya. Dia yang masih bersekolah di tingkatan empat akan sentiasa mengingati pesanan abang kesayangannya untuk belajar dengan rajin serta membantu ibu dan ayah.

Terdahulu, dua orang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram, Johor telah disahkan pergi menghadap illahi susulan diserang oleh individu bertopeng dipercayai ada kaitan dengan gerakan Jemaah Islamiyah. Difahamkan, suspek juga telah pergi menghadap illahi dalam srngn terbabit akibat ditembak dan seorang anggota polis lagi mengalami luka teruk.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version