Ada yang tanya tentang hubungan dengan Marissa Dania, ini jawapan selamba dari Misya Mazlan

Masih lagi menjadi perhatian di media sosial, iaitu perihal rumah tangga anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang kini menjadi isteri kedua kepada Aslam. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan meluangkan masa dengan menjawab beberapa soalan daripada warganet tentang suaminya itu. “Saya satu tempat belajar dengan dia, saya ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama dengan dia.” Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, terdapat segelintir pengikut Misya yang bertanya berkenaan madunya, Marissa. Misya juga menjelaskan dengan ringkas tentang perhubungan antara mereka. “Cuba tanya Marissa sebab ini Misya.” “Tak okay, cuma ada sempadan di sebalik sempadan.” Sementara itu, ibu kepada dua orang anak tersebut turut mendedahkan bahawa ramai yang ingin tahu tentang respon ibu bapanya berkenaan kontroversi yang melanda.

“Mak ayah saya adalah orang tua yang tak pandai main media sosial. Jadi mereka tak tahu apa-apa melainkan kita yang beritahu. Tapi sekarang mereka dah tahu dah.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap tenang serta kesabaran yang dimiliki Misya dan menganguminya kerana tetap kuat dalam menghadapi ujian rumah tangga.

Terdahulu, Marissa didakwa telah berkahwin dengan Aslam di Thailand. Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kritikan daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version