Mungkin lepas ni akan hidup single, Datuk Red redha kalau terpaksa berpisah dengan isteri pertama

Usahawan Datuk Red berkata dia reda seandainya rumah tangga bersama isteri pertama iaitu Datin Red turut berakhir dengan perpisahan. Datuk Red berkata dia akur jika keputusan untuk berpisah adalah yang terbaik buat dirinya dan juga isteri pertamanya itu serta memberi fokus kepada anak-anak. “Jika diihat secara atas kertas memang sudah tiada harapan. Mungkin selepas ini saya akan hidup single. 

Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan. Selepas ini saya kena fokus bangkit demi anak-anak dan juga bayar hutang terdahulu,” katanya. Sementara itu, Datuk Red berkata fasa kehidupan selepas berpisah bukanlah suatu yang mudah namun dia dan Adira terus mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka. “Mestilah ada rasa kecewa lepas berpisah dengan Adira. Bukan mudah untuk saya terima perpiasahan antara kami. Namun disebalik itu, rasanya kami ini lebih elok sebagai sahabat.

Walau sudah berpisah kami masih baik. Cuma bila Adira sudah ada pengganti nanti mungkin hubungan ini jadi renggang. Kalau boleh kami nak jadi contoh pasangan berpisah yang terus mengekalkan hubungan baik tanpa perlu turun naik mahkamah,” katanya. Terdahulu, rumah tangga Adira dan Datuk Red berakhir 24 April lalu selepas sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, Anggerik, Asan, Anggun dan Ayob.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version