Selepas penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz memberi kenyataan menerusi temu bual bersama Melodi, kini adik iparnya, Didi Astillah muncul membuat pendedahan mengejutkan. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah akui berang dengan tindakan Aliff yang seakan menutup kesalahan sendiri dengan menuding jari menyalahkan isterinya, Bella.
“Daripada podcast, interview sana sini bila bab ‘kes’ tak nak ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan kak long saya panjang berjela, seolah olah mereka nak menutup kes khlwt tu macam tu sahaja. Daripada podcast, interview sana sini bila bab ‘kes’ tak nak ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan kak long saya panjang berjela, seolah olah mereka nak menutup kes khlwt tu macam tu sahaja. Saya pun jadi pening bila dengar statement, jawapan yang lari dari topik tiap kali interview. Sudah-sudahlah la tu bagi statement dan tunjuk kemarahan… Lebih baik diam sebab salah sendiri.
Dalam pada itu, Didi turut mendedahkan Aliff pernah bersama dengan wanita berstatus isteri orang yang mempunyai tiga orang anak dan berasal dari Terengganu. “Bila ada lelaki lain di samping kak long, tahu pula nak melenting. Tapi, masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula? Tak nak ulas apa-apa ke?” Sementara itu, Didi turut memberi bayangan bahawa Ruhainies masih menjaja cerita bahawa Bella yang telah perangkap dirinya dan Aliff sehingga ditangkap khalwat.
“Lepas tu, yang lagi sorang tu. Lepas minta maaf pun, ingat saya tak tahu ke yang awak tetap pergi kat orang-orang dan masih cakap yang ‘Bella perangkap’ ? MUNAFIK. Kita ni zaman bila nak perangkap perangkap? Awak tak cukup umur lagi ke atau awak dah gila ke atau kedua-duanya sekali eh?” Terdahulu, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khlwt dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.
Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan untuk berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.