Penyanyi, Dina Nadzir nekad mengubah gaya hidup dan penampilan dirinya selepas mengalami masalah tekanan yang teruk sejak tahun lalu. Dina atau nama lengkapnya Faradina Mohd Nadzir berkata langkah pertama yang diambil untuk merawat masalah tekanannya itu adalah dengan memotong rambut pendek dan mengamalkan diet. “Kali pertama saya kena masalah tekanan adalah pada tahun lalu, ketika itu saya apabila bangun dari tidur saya menangis tanpa sebab, selain rasa malas nak bekerja.
“Tahun ni bulan Mac, perkara sama terjadi lagi tetapi ketika itu saya dah mulakan diet. Saya pernah berjumpa seorang psikiatri secara tak sengaja. Rupanya doktor kata saya mengalami kemurungan sederhana. Ada kala saya rasa serba tak kena dengan diri sendiri. Disebabkan itu, tekanan datang dan rasa tak gembira apabila tengok diri sendiri di cermin. Saya fikir diri ini tak berapa baik, saya fikir perkara yang saya tak suka tengok adalah penampilan diri sendiri.
Jadi saya potong rambut. Itu perkara paling cepat saya fikir untuk membuatkan saya rasa sedikit tenang,” katanya. Dalam pada itu, Dina turut memaklumkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) selepas mengamalkan pemakanan sihat. Malah, penurunan berat badannya itu telah menyuntik semangat baru dalam hidup Dina untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakan seperti mengambil lesen menyelam dan berazam memiliki lesen motosikal.
“Kemurungan juga membuatkan saya ambil langkah untuk berubah. Saya amalkan diet dan Alhamdulillah, berat badan saya dah turun sebanyak 10 kilogram dalam tempoh sebulan. Sekarang saya sasar nak capai berat badan bawah 100 kilogram. Sebelum ini, saya banyak ketinggalan apabila rakan-rakan buat aktiviti bercuti dan sebagainya. Jadi selepas ini saya bernekad nak ambil lesen menyelam dan motosikal,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Dina berkata dia mempunyai perancangan untuk menghasilkan beberapa single baharu selepas lagu duet bersama XPOSE band berjudul Raya Di Rumah Dinda mendapat sambutan hangat. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.