Isu ni tak perlu diperbesarkan, Dolla akui tak berkecil hati dengan kumpulan SMDX

Kumpulan Dolla mengakui tidak terasa hati dengan kenyataan ahli kumpulan wanita baru dari Sabah, SMDX atau Sumandax iaitu Elle Tong yang mengatakan tidak mengenali mereka. Menurut Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angel, mereka menganggap perkara ini tidak perlu diperbesarkan. Kata Sabronzo, Dolla masih lagi kumpulan penyanyi baharu yang belum mencapai seluruh rakyat Malaysia.

“Tak salah kalau ada yang tak kenal Dolla. Kami baik-baik sahaja sebab kami pun tak menjangka semua orang kenal kami. Kami belum lagi dapat mencapai seluruh rakyat Malaysia. Jadi kami rasa semuanya baik-baik saja bila ada orang yang tak kenal Dolla. Sebab itu, kami akan keluarkan lagi lagu dan berharap dengan konsert akan datang ini akan mencapai lebih ramai pendengar dan penyokong.”

Dolla ditemui di sidang media konsert Dolla Rebirth Experience yang berlangsung di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, pada petang Isnin. Sementara itu, Tabby memberitahu Dolla tetap akan menyokong SMDX mahupun kumpulan pop baru di dalam industri. “Pada pendapat kami, tidak mengapa sebab mereka pun masih baru dalam industri ini. Kami cuma harap pada masa hadapan dia akan belajar banyak perkara dan semoga maju jaya. Jangan risau, kesilapan tetap akan berlaku jadi tidak mengapa.”

Dalam pada itu, Sabronzo turut menasihati peminat mereka agar tidak berbalah dan teruskan memberi sokongan antara satu sama lain. “Kami tahu peminat kami, iDolla sangat menyokong kami dan kami sangat menghargai mereka. Tapi tak mengapa tak perlu bergdh. Industri kita kecil, tak guna untuk kita bergdh sebaliknya teruskan sokong antara satu sama lain. Ada banyak lagi perkara baik boleh diperkatakan. Kami juga tiada masalah untuk menjalin kerjasama pada masa akan datang jika kerjasama itu memberi impak positif.”

Sebelum ini, salah seorang anggota SMDX iaitu Elle Thong dikritik teruk selepas didakwa sombong apabila menyatakan tidak mengenali Dolla. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version