Rakyat Malaysia menarik nafas lega selepas mendapat perkhabaran positif mengenai penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim. Faisal yang mendapatkan rawatan disebuah hospital swasta Shah Alam kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan. Berita itu disahkan menerusi temu bual bersama Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar pada Jumaat.
“Alhamdulilllah pagi ini saya diberitahu Faisal Halim lebih ceria. Yang lebih seronok saya dengar dia sudah mula berjalan dalam bilik. Itu yang saya teruja, dah boleh pergi bilik air,” maklumnya. Rakaman video pendek itu dikongsi oleh wartawan sukan Astro Arena menerusi platform X milinya. Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah selamat menjalani operasi kali kedua yang dijalankan pada Selasa malam. Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat melawat Faisal di hospital memaklumkan pemain itu sudah sedar dan mula menjamah makanan. Selain Faisal, dua orang lagi pemain bola sepak turut berdepan insiden tidak diingini iaitu Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.