Pelakon filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa memaklumkan dia mengundurkan diri daripada dunia lakonan dan nyanyian. Menurut Fatin atau nama penuhnnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, dia tekad tinggalkan dunia hiburan itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga. Dalam pada itu, katanya, ia adalah permintaan daripada suaminya sendiri, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai. Jelas Fatin Afeefa, dia akur dan terbuka untuk turuti permintaan tersebut dengan hati terbuka.
“Selepas berkahwin saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi.” Tapi saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.”
Jelasnya lagi, dia kini lebih selesa tinggal di rumah kerana rasa tenang dan hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu. Malah, Fatin Afeeda juga turut memjelaskan bahawa dia ingin membaiki diri dengan menjadi manusia yang baik dan menjaga batas pergaulan sebagai seorang Muslim. Katanya, dia tak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan bebas dan ingin fokus kepada suami dan anak-anak.
“Dia kata sebab semua itu adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu. Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu berada di situasi itu lagi.”
Dalam pada itu, Fatin Afeefa berkata dia ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bahkan, dia kini sedang cuba istiqamah dalam menutup aurat. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.