Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini, sepasang suami isteri hadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka sepanjang bergelar pendidik. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Nurashikin Din di laman TikToknya, dia bersama suami membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun membeli hadiah tersebut di sebuah kedai emas terkemuka.
Dalam perkongsian itu, hadiah berbentuk gelang emas telah diletakkan dalam kotak istimewa dan Nurashikin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerja kerana membantu menguruskan proses bungkusan. “Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah, 10 orang gurunya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,” katanya. Klik sini untuk lihat video.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 800,000 tontonan dan mendapat lebih 18,000 tanda suka selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan terima kasih dan memuji cara yang digunakan pasangan suami isteri tersebut dalam menghargai jasa guru-guru anaknya.
Bukan itu sahaja, ramai yang mengimbau kenangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru suatu ketika dahulu yang kebanyakkannya memberi hadiah berbentuk keperluan cikgu seperti pen atau cawan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.