Perkongsian adik-beradik selebriti, Ruhainies serta kakaknya, Risteena menjadi perhatian ramai apabila mereka berdua memuat naik ‘short-form’ L U S M di Instagram baru-baru ini. Susulan itu, nama kedua-dua selebriti ini menjadi buah mulut ramai di platform X, malah rata-rata warganet mengkritik atas tindakan mereka yang dianggap tidak ‘bijak’ itu.
Sementara itu, ada warganet memberi nasihat kepada Risteena untuk memberi tumpuan dan memperbaiki kerjaya lakonannya. “Ruhainies tu aku faham la dia memang b*d*h. Yang Risteena pun sibuk nak jadi bodoh juga apasal? “Kau berlakon dah la sendu. Should focus on improving your acting career oh god,” tulis warganet. Salah satu perbualan mesej antara mereka itu memaparkan mereka menggunakan short-form L U, L U M, dan M U S M.
Short-form tersebut tular di seluruh platform media sosial sehingga turut di sindir oleh segelintir selebriti. Terbaharu, Ruhainies dalam satu kenyataan bagaimanapun berharap Bella mahu bertemu dengannya demi menyelesaikan konflik antara mereka secara baik. Terdahulu, kontroversi antara Ruhainies dan Aliff tercetus selepas mereka ditangkap khlwt pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah milik aktres ini. Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan perpisahan pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.